Homestay Berpatutan
- Selamat Datang ke Teratai Homestay
- Pakej - TERATAI 1
- Pakej - TERATAI 2
- Kebersihan keutamaan kami
- Terma dan Syarat
Selamat datang ke laman Teratai Homestay yang juga salah sebuah Homestay terkenal di negeri Terengganu. Di sini, kami menyediakan homestay dengan sewaan yang berpatutan disamping memenuhi citarasa dan keselesaan anda. Nikmati hari-hari indah anda di sini dengan keceriaan yang sentiasa diingati.
Rasai ketenangan dan keindahan alam semulajadi di salah sebuah negeri yang indah di timur tanahair, Terengganu Darul Iman. Teratai Homestay berdekatan dengan pelbagai lokasi menarik yang menjadi tarikan di Terengganu. Terletak di Kuala Ibai atau lebih kurang 5km dari bandar Kuala Terengganu, Teratai Homestay juga mudah untuk dikunjungi.
RM550 / hari
- Dilengkapi oleh penyaman udara dan kipas
- Memuatkan sehingga 30 orang
- 6 bilik tidur
- 4 katil Queen dan 6 katil Single
- 6 Tilam single tambahan disediakan
- 3 bilik air dilengkapi pemanas air mandian
- Ruang tamu dan keluarga yang luas
- TV dan seterika baju disediakan
- Dapur basah dan kering disediakan dan memasak dibenarkan
- Dapur dilegkapi dapur gas, peti sejuk, mesin basuh dan lain-lain
- Ruang parkir berpagar dan luas
- Lanskap luaran untuk beristirehat
- Kelengkapan BBQ disediakan
- Tuala tidak disediakan
RM220 / hari
3 unit rumah
- WiFi Zone percuma (Unifi Broadband)
- Dilengkapi oleh penyaman udara dan kipas
- Memuatkan sehingga 15 orang
- 3 bilik tidur setiap unit
- 3 katil Queen
- 2 bilik air setiap unit dan dilengkapi pemanas air mandian
- TV dan seterika baju disediakan
- Dapur basah dan kering disediakan dan memasak dibenarkan
- Dapur dilegkapi dapur gas, peti sejuk, mesin basuh dan lain-lain
- Ruang parkir berpagar dan luas
- Lanskap luaran untuk beristirehat
- Kelengkapan BBQ disediakan
- Tuala tidak disediakan
Di Teratai Homestay, kebersihan adalah menjadi keutamaan kami untuk keselesaan pelanggan. Ini membuatkan kami lebih istimewa dan menjadi pilihan pelanggan setiap kali berkunjung ke negeri Terengganu.
Deposit
Deposit minimum RM100 diperlukan untuk tempahan di luar musim percutian. Manakala semasa musim percutian seperti cuti umum dan cuti sekolah, pembayaran deposit sebanyak 50% dari jumlah harga sewa mesti dilakukan untuk menjamin tempahan. Baki sewa boleh dijelaskan semasa ketibaan.
Cara Bayaran
Pembayaran boleh dibuat melalui pemindahan wang bank atas talian, atau dengan pembayaran tunai.
Pembatalan Tempahan
Pembatalan tempahan mesti dimaklumkan selewat-lewatnya 1 minggu sebelum hari ketibaan. Kami memohon maaf kerana deposit tempahan yang telah dibuat tidak dapat dipulangkan jika pembatalan dibuat kurang dari 1 minggu sebelum hari ketibaan.
Pemulangan Deposit
Pemulangan penuh deposit boleh dibuat jika melibatkan kes kecemasan yang menghalang perjalanan dan percutian seperti bencana alam, kemalangan, kematian, rusuhan, darurat dan halangan perjalanan rentas sempadan oleh pihak berkuasa.
Cara Tempahan
Tempahan boleh dilakukan melalui telefon dan whatapps ke talian hotline Teratai Homestay di 0136229629. Tempahan juga dapat dilakukan melalui laman web Agoda dan Airbnb Teratai Homestay.
Penafian
Teratai Homestay tidak melantik mana-mana ejen untuk urusan tempahan dan deposit untuk mengelakkan sebarang penipuan oleh pihak ketiga dan menjamin keselamatan pelanggan kami. Sila laporkan kepada kami di hotline Teratai Homestay 0136229629 jika terdapat pihak ketiga yang menawarkan pakej Teratai Homestay yang tidak sah. Diskaun penginapan akan diberikan untuk setiap laporan yang disahkan.
Pelindungan Data Peribadi
Teratai Homestay sangat mementingkan keselamatan data peribadi pelanggan kami. Semua data peribadi pelanggan seperti nama dan nombor telefon adalah dilindungi dan tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga tanpa persetujuan pelanggan.
Akreditasi BizTrust SSM
CMCI Empire Enterprise telah diakreditasi dengan Pendaftaran BizTrust SSM (LEVEL 1) oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan mengikuti amalan perniagaan online atas talian yang selamat dan dipercayai sesuai dengan Kriteria Prinsip Pendaftaran SSM BizTrust. Klik logo BizTrust di bawah untuk melihat sijil akreditasi.